Pendaftaran di UKM ❤

September 25, 2017
Hyeeee pembaca~ 🌸🌸

Hari ni saya nk ringkaskan perjalanan mendaftar saya di UKM pada 26/8/2017 🏢

Gambar pertama di UKM 😏😏

Alhamdulillah perjalanan mendaftar di UKM lancar dan mudah. 💕

Okay! saya cerita dari mula ye hehe.

Setelah sarapan.. kakak saya sampai ke rumah mak dalam pukul 10am. Lepas tu masukkan barang-barang dalam kereta Myvi yang kecik tu. LOL 😂 DAH LAH BARANG BANYAK NAIK KERETA KECIK hmmmmm 🌚 tak aperlah dah tak ada kenderaan lain terpaksa lah naik kereta akak. Kami sekeluarga pun ada kereta Viva je.. Maklumlah keluarga kecil huhu...

Nampak sikit tapi ringan mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. cewahhhh haha

Lepas da kemas-kemas, terus bertolak daripada rumah ke bangi UKM. Hmmmmm dalam 2jam jugak lah perjalanan ke sana.. 😅 😅 Agak jauh jugak lah daripada rumah.. kalau naik ktm pun sejam setengah. Lebih kurang sama jerrrr

Perjalanan ke UKM😁

Then sampai lah ke pintu depan UKM. Sampai-sampai di sana akan nampak roundabout, kat tepi kanan akan nampak masjid UKM. BESARRRRR 😍Subhanallah
Mula-mula hampir sesat, nasib baik di pintu depan lagi ada senior UKM yang merupakan pemudah cara dalam membantu pelajar mencari maklumat tentang Fakulti dan kolej kediaman.

Next! kami terus ke Fakulti yakni Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 💖💖😱

taraaaa~~ Fakulti tercintaaaaaaa 💕 

Masa datang je terus mendaftar. Saya masuk je mereka terus tanya 'nak daftar ke?' dan 'pelajar tahun 1 ke?'
Saya berasa amat teruja kerana mereka memudahkan saya dalam pendaftaran. Saya tunjukkan surat tawaran dan terus ke kaunter untuk penyerahan sijil dan sebagainya.

Next! kami pun ada lah ambil-ambil gambar di sekitar FEP ~ tapi sikit jerrrr.. 👀 Dan beli makanan, ada jualan makanan seperti kiosk kecil berdekatan tempat pendaftaran~

🚗🚗🚗 ponnnn pooonnnnn!! Ke kolej kediaman pula 😁

KOLEJ TUN HUSSEIN ON! KOLEJ PALAPES PES PES PES!! hahahahahahahahhhahaah

Kolej kesayangan saya auw

Masuk-masuk je nampak papan tanda besarrrrr niiii 😘😘

Kolej Tun Hussein On merupakan kolej yang telah dikhaskan untuk warga palapes. Mengenai ini, saya akan terangkan lebih lanjut. huhuhu.. stay tuned ~~~

Lalalalaaaa..... 🎶🎶🎵🎶🎶🎵

Sampai di sana, saya terus mendaftar dalam pejabat (ehhh 😂 pejabat ke?) boleh lah.. pejabat kotttt 😅 masuk-masuk je pintu terbuka sendiri. wow hanya KTHO je ada PINTU AUTOMATIC.. thennnnn pemudah cara yakni senior memberikan kunci bilik kepada saya. Hehehe kejab je.. senang sangat. Cuma perlu serahkan apa yang mereka suruh, lepas tu dapat lah kunci bilik dan baju kolej serta baju UKM. Baju kolej lawoooo! 😍 baju UKM warna merah wow merah menyala aummmmmmm! kami juga dapat mafla, lanyard, malah kami pun dapat beg laptop. alhamdulillah 😊 saya memang dah lama nak beli beg lappy tapi nasib baik mereka beri secara PERCUMA!! yey!

Beg laptop yang saya bawa apabila ke kelas. 2 dalam 1, bawak lappy dan buku. Senang dan ringan. 

Lanyard bertulisan KTHO dan UKM. Lawa x lawa? heheheheh 

Mafla yang dapat secara percumaaaaa.. hanya ktho ade mafla shantek camni hehehe 😳 poyo betol hahahaha. maaffff 

Kemudian...

Kami pun bawak lah barang-barang tuuuu~ okay sebenarnya bukan kami yang bawa tapi senior  yang bawakkan. hahahaha baik nya lah mereka.. dah lah berat.. saya rasa serba salah 😢😢😢😢 tapi sudah tugas mereka untuk bawakan barang-barang pelajar tahun pertama...

Then kemas-kemas. Lepas tu akak dengan mak balik ke Kampung semula.. sekiannnnn~ 😊💕❤

gambar with roommate hehe.. 


No comments:

Theme images by kim258. Powered by Blogger.