I am me

October 02, 2017
Hi semua pembaca...
Saya Nurhamizah Aqilah pelajar UKM jurusan Pentadbiran Perniagaan tahun pertama.
Disini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai diri saya.

Semoga terhibur :)

Dilahirkan di Pusrawi Selangor dan diberi nama oleh kedua ibu bapa saya..



Taraaaaa.... muka saya banyak ikut muka ayah :P (p/s gambar ayah saya, saya tidak jumpa.. hehe.. nanti saya da jumpa, saya share ye) 😉😉

Kemudian, saya bersekolah di sekolah tadika kemas di Kuang.



Inilah muka 'innocent' saya. hahahaha. Masa saya kecik, saya amaaatttt takut ambil gambar dengan orang tak dikenali. Lagi-lagi mak saya menyuruh saya mengambil gambar passport. Allahhhhhh, tu muka lepas nangis dan dipaksa oleh mak haha 😂 Siapa ada tabiat yang sameeeeee? haha seppp sikitttt! 😆

Then, masuk lah saya ke prasekolah...
Disana, lagi ramai orang tak dikenali. Masuk-masuk je terkejut sebab ramai sangat orang haha. Kemudian saya cari tempat duduk, terus dapat kawan. yey! Alhamdulillah.(kawan sampai sekolah rendah tau! heeeeee tapi sekarang dah tak tahu orangnya di mana... sedih sikit huhu T-T)
Lagi satu,  nasib baik saya jenis tak kuat nangis dah masa tu. (Biasalah kanak-kanak riang kan kuat merajuk, menangis. Gituuuu.. hehe..) Kalau tak, kena lah mak saya duduk kat luar macam ibu bapa yang lain.. ish ish ishhhhhhhh....



Maaf gambar kabur.. maklumlah.. kita ni bukan pakai Iphone hehe..
Haaaaaa itu lah gambar graduasi saya untuk prasekolah. Haha. Mesti ramai pelik kan... kenapa saya masam? sebabnyaaaa.... saya tidak suka ambil gambar haha.. saya tak minat. Saya tidak tahu mengapa saya begitu.. Sampai sekarang saya kurang gemar mengambil gambar.. tapi sekarang saya menggunakan oppo F1 yang 'pakar selfie anda'  tu.. hmmmmm pelik kan... hahahaha

Masa sekolah rendah, saya masuk ke SK Kuang dan SRA Kuang. Dua sekolah beb! haha.. penat gila.. balik sekolah je mesti main *WAJIB* lepas tu waktu malam tidur awal... . Itu saja lah kerja saya.. haha.. simple kan?
Dari darjah satu sampai lah ke darjah enam.. sama je.. pergi sekolah malas, balik sekolah main.. tiada waktu belajar pun.. tapi akhirnya dapat 4A 1B haha. Kira okay lah kan? 😂😂


Inilah best friend saya di sekolah rendah. Haha walaupun selalu kena buli dengan si dia tapi saya sayaaaaaaangggggg dia ❤ sekarang masing-masing dah sambung degree. Alhamdulillah 😊 Mengenai kami? Masih berhubung walaupun berjauhan. Doakan persahabatan ini berkekalan sampai bila-bila ya Insya'Allah 💕


Ke sekolah menengah pula. Saya masuk ke SMK Bukit Rahman Putra di Sungai buloh. Tak lah jauh sangat daripada rumah.. 10 ke 15 minit jeeee. hehe senang lah untuk saya yang susah bangun pagi dan malas pergi sekolah 😜😜 jangan tiru ye adik-adik..



Ini lah kawan pertama saya di sekolah menengah. Nak ceritakan, saya masuk sekolah menengah lambat sebab kenduri kakak saya :P lepas itu, tinggal satu je tempat duduk. Dan sebelah si dia lah saya duduk, berkenalan, berkawan, dan sampai sekarang kami masih rapat. Hehe 😳 Berkenalan di sekolah menengah, masuk matrikulasi pun dengan dia dan University pun sama dengan dia.. haha kuat kan jodoh kami? 😂 harap-harap jangan lah lupakan aku lepas berkahwin yerrrr

Lepas sekolah menengah, saya mohon upu.. then, saya dapat course yang saya tak minat dan jauh daripada rumahhhhh. Mak saya yang tak mahu saya berjauhan hahahaha bukan saya ye :P
Kemudian, terpaksa lah saya masuk ke matrikulasi.. Di mana? Di KOLEJ MATRIKULASI MELAKA!! 😍 DON'T MESS WITH MELAKA BEB! haha tuh la kata-kata orang Melaka. Nak diceritakan, masuk matrikulasi ni bukanlah pilihan saya. Bukan lah kemahuan saya, tapi lepas dah masuk, itulah pengalaman terbaikkkkk yang pernah saya alami hehe


Betapa tidak behave nya saya haha.. bersama kawan-kawan tercintaaaaaaa.. sygggggg sgt mereka ❤ btw saya kelas A1P7 kuliah A1 jurusan perakaunan. Nanti saya akan post mengenai kehidupan di matrikulasi hehe.. stay tuned 😉😉

Nextttt sekarang yer.. (2017)

Alhamdulillah setelah lepas interview, saya telah mendapat tawaran untuk masuk ke University tersohor di Malaysia iaituuuuuu UNIVERSITY KEBANGSAAN MALAYSIA!!


Ni gambar lepas pendaftaran. hehe. Gambar dengan anak buah..  alhamdulillah, saya dapat jurusan Pentadbiran Perniagaan dibawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Mula-mula sampai UKM, sesaaattttt. Astaghfirullah..  Kemudian jumpa lah jalan setelah bertanya kepada pelajar UKM yang menjadi pemudah cara. Bagus kan mereka? hehe promote satttt . Then, saya terus ke Fakulti untuk pendaftaran pelajar. Sekejab sahaja! Sebab apa? Sebab sistem pengurusan di UKM sangatlah bagus.. hehe promote lagi. Seterusnya, saya pun ambil lah gambar beberapa keping dan seterusnya ke kolej tercinta saya iaitu Kolej Tun Hussein On untuk tujuan pendaftaran kolej. Nama pendeknya KTHO. Nanti saya terangkan lebih lanjut mengenai Fakulti dan kolej saya yer.. Insya'Allah 💕

Sekian, itulah kisah ringkas perjalanan hidup saya. Nanti saya cuba untuk mencorakkan lagi blog saya ini daripada semasa ke semasa. Apa-apa cadangan dan pendapat boleh lah di kongsi dengan saya. Terima kasih sebab membaca kisah pendek hidup sayaaaaaaa hehe.


Tataaaa🙈🙈💕




No comments:

Theme images by kim258. Powered by Blogger.