Applikasi komputer di UKM

November 08, 2017
Againnnnnn!!! hey girls and boyyyy

Hari ni sis nak cerita mengenai kelas applikasi komputer di UKM.. :)

 MAKLUMAT MENGENAI KURSUS APPLIKASI KOMPUTER:
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang konsep asas sistem maklumat dan penggunaan praktikal aplikasi komputer terkini dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Kursus ini memperkenalkan konsep teknologi maklumat seperti perkakasan, perisian, sistem pengoperasian, konsep pangkalan data, rangkaian, internet dan telekomunikasi. Elemen utama kursus ini merangkumi lima aplikasi komputer yang asas bagi kegunaan dalam pengurusan dan perniagaan iaitu aplikasi Microsoft Office yang terdiri daripada Word, Excel, PowerPoint, dan Access. Kursus ini juga meliputi konsep multimedia/hipermedia, asas bahasa pemprograman (HTML) serta pembangunan blog menggunakan platform blogspot (www.blogger.com). Pelajar juga didedahkan dengan perisian berasaskan Web 2.0 dan kemahiran untuk mengintegrasikan kepelbagaian aplikasi yang dipelajari dalam sistem i-Folio di UKM.


Kelas baru bermula. Jadi inilah kelas saya di Lab 3 di bangunan FEP UKM. ❤

Tugasan pertama kiteorang ialah buat website. Buat blog sendiri. Mengenai apa sahaja! Jadi lecturer memantau dari semasa ke semasa mengenai perkembangan blog kami. 
Perghhh seram sia Dr tengok blog kita dalam kelas. Terus dommmm kena kat kita kalau tak siap atau tak buat. hahaha. Seb baik da siap awal-awal. 😊

Hari ini apa pula? Jadi hari ini kiteorang belajar mengenai Internet basics. Tentang cara nak letak LIST OF TABLE, LIST OF CONTENT, LIST OF CRUSH.. hahaha.. ehhhh tuh ke lain tu..😬  yang part last tuh tak lahhh.. haha..  Tapi kami belajar bagaimana nak kumpulkan beberapa tajuk besar kedalam 1 list dengan mudah dan ringkas. Perghhh Dr ajar lajuuuuu.. jadi bila masuk kelas ni kena alert okay? hehe

Semua tekun dan serius mendengar pengajaran Dr. huhu baguihhh naaahhh.. 

Member tolong kita huhu.. dah lost. Dah kelaut da kita.. nasib baik dia dapat tangkap apa yang Dr terangkan dan tolong saya buat LIST OF TABLE. sorry sis memamg noob sikit pasal komputer ni huhu.. sedih ni 😢😢 
Kat sini atau kat mana-mana lah kan,kena wajib harus saling bantu-membantu. Sebab apa? sebab tu penting. Just self reminder 😊 Nanti korang akan paham laaaaa haaaaaa 

Dr sedang terangkan dengan lebih terperinci untuk mengajar tentang pengajaran pada kali ini. Nampak gaya macam straight kan? hahaha tak punnnn. Kalau bising, mestilah kena marah bukan? hehe. Apa nasihat dalam kelas ni? jangan pernah buka phone dan dengar betul-betul apa yang Dr terangkan sebab bila dah masuk Universiti,  lecturer kebanyakkan ajar hanya sekali. Jadi berhati-hati.  ;) 
Ni kes saya main handphone sebab tu tak dapat nak catchup sangat huhuuhuuuu




Secara kesimpulannya, bagi saya kelas ini memberikan kemudahan dan pendedahan kepada pelajar mengenai sisterm di dalam komputer dan mengasah soft skill pelajar mengenai bidang pengkomputeran dari semasa ke semasa.☺☺☺☺☺☺

No comments:

Theme images by kim258. Powered by Blogger.